Jar&Maz Homemade logo
Jar&Maz HomemadeFrozen roti canai, made by handHOMEMADE
f✆
fFollow our official Facebook pageFrozen Roti Canai by Paksu Jar
🔥 Panduan Memasak

Cara Penyediaan & Memasak

Ikuti langkah mudah ini untuk hasil roti canai yang garing di luar, gebu di dalam persis tebaran panas di kedai mamak!

Pilih Kaedah:
🌪️ Kaedah Air Fryer (Pantas & Rangup) 170°C (3–5 Minit) · Beku: 165°C
  1. Jika Dah Nyahbeku / Dari Fridge:
    • Suhu: 170°C
    • Masa: 3 – 5 minit sahaja (letak atas jaring tanpa lapik)
    • Sebab: Roti sudah tidak beku, jadi 3–5 minit sudah cukup untuk kulit garing keemasan tanpa risiko hangus!
  2. Jika Terus Dari Freezer (Beku Keras):
    • Suhu: 165°C (suhu rendah sedikit)
    • Masa: 5 – 10 minit ikut citarasa (tanpa lapik atas jaring)
    • Penting: Suhu 165°C elak kulit luar hangus sambil memberi masa untuk inti daging panas sekata dan berjus!
💡 Tip Dapur: Kulit luar garing keemasan manakala inti daging berempah kekal panas sekata dan berjus!
🥞 Kaedah Kuali (Pan-fry) + Tepok Mamak Nyahbeku 1 Jam · 2–3 Minit
  1. Nyahbeku / Dari fridge:
    • Roti sudah lembut pada suhu bilik atau disimpan di ruang chiller semalaman.
  2. Kuali tanpa minyak:
    • Panaskan atas kuali leper tanpa minyak selama 2 – 3 minit ikut citarasa (balik-balikkan, boleh sapu marjerin).
  3. Tepok Mamak Style:
    • Angkat panas-panas dan terus tepok mamak style supaya kembang berlapis dan gebu!
💡 Tip Paksu Jar: Tidak perlu letak minyak kerana adunan sudah sedia wangi dengan mentega/minyak.
🍕
Roti Canai Pizza

Guna roti canai as pizza base. Sapukan sos marinara, letak pepperoni, cheese, cendawan, capsicum dan olive. Bakar dalam oven selama 10 minit. Gerenti budak-budak suka!

🧀
Roti Canai Cheese

Simply letak a few pcs of cheese antara 2 keping roti canai dan panaskan sama ada atas kuali atau dalam oven hingga keju cair meleleh.

🍳
Roti Canai Telor

Pecahkan telor atas roti canai dan panaskan atas kuali, atau letak telor separuh masak bersama taburan lada hitam.

🌯
Roti Canai Gulong

Kalau ada kari, rendang atau sambal leftovers, simply letak atas roti canai dan gulong kemas. Memang sedap!

🥩
Roti Canai Philly Cheesesteak

Letak cebisan daging yang dah dimasak atas kuali bersama sedikit black pepper dan garam. Letak sekali mushroom dan cheese. Panaskan. Dari yang kecik hingga yang besar akan suka ni!

Help our family grow with your honest feedbackTried our frozen roti canai? Tell us what you loved and where we can improve. Your honest feedback and critical criticism help our family serve you better.
Share Feedback →
Roti Helper AI